Monday 23 January 2012

Hukum Berinai

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwahtangan-berinai
Hukum inai lukis menurut
MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA KALI KE -88 yg bersidang pada 2hb Oktober 2009 yg man atelah membincangkan tentang PEMAKAIAN INAI BERCORAK mengikut syarak:
MUZAKARAH ini telah memutuskan bahawa:
1. Pemakaian inai pada kedua-dua tangan dan kaki adalah HARUS bagi wanita samada yg belum berkahwin atau yg sudah berkahwin selagi mana ia tidak menimbulkan fitnah.
2. Namun begitu kadar pemakaian inai dikedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja.  Warna yg digunakan pula mestilah tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yg meragukan.
3.Mengenai pemakaian inai bercorak pada tangan dan kaki seperti ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah DIBENARKAN.
Manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa, ajaran atau apa jua gambar yg bertentangan syarak adalah DILARANG.
4. Manakala Pemakaian inai pada kedua-dua tangan dan kaki bagi LELAKI pula adalah TIDAK DIHARUSKAN kecuali pada sebilangan jari samada 2-3 jari bagi pengantin lelaki semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
-sumber MAJALAH ANIS keluaran Disember2011-

Hukum_ Inai lukis..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..inai-lukis-ditangan
Hari ini saya ingin berkongsi tajuk
“HUKUM INAI LUKIS DI TANGAN /HENNA”
Ada seorang pengunjung bertanyakan tentang hukum ini, kerana beliau akan mendirikan perkahwinan dan berhajat utk memakai inai berlukis di tangan.
Mari bersama kita baca dan ambil tahu tentang hukum inai lukis di tangan ala-ala tatu..masyaAllah
INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:
1. Dari Ibnu Umar ra katanya: ” Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).
2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :” inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”.
Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..
wallahu’alam…

No comments:

Post a Comment